minyak lintah tapa untuk urutan zakar     Minyak Lintah Tapa untuk Kesihatan Lelaki

Order Online & Hubungi 013-6408906

 

Lebih 70% lelaki bandar buncit

KUALA LUMPUR: Lebih 70 peratus kaum lelaki yang tinggal di bandar menghadapi masalah lebihan berat badan dan obesiti kerana terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat bandar dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Kajian Penuaan Lelaki mendapati banyak gejala penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok mula ditunjukkan pada usia lebih awal.

Kajian sejak dua tahun lepas yang dijalankan secara rambang oleh Persatuan Andrologi Malaysia terhadap 1,046 responden di Subang Jaya dan Petaling Jaya mendapati lelaki semuda 55 tahun telah diserang simptom penyakit kronik.

Perunding Urologi Pusat Pusat Perubatan Subang Jaya, Prof Datuk Dr Tan Hui Meng, memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa kajian yang siap Julai lepas membabitkan 34.3% responden Melayu, 49% Cina, 14.9% India dan 1.7% kaum lain.

Katanya kajian itu membabitkan lelaki berusia 40 tahun ke atas daripada golongan perokok, peminum arak, ukuran pinggang yang besar dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Prof Tan berkata kebanyakan lelaki yang tinggal di bandar tidak menyedari mereka kini diancam simptom penyakit kronik dan "ramai menjangkakan mereka akan hidup sihat lebih lama."

"Tetapi trend kini di usia 55 tahun telah menghidap penyakit utama seperti ini, yang sepatutnya hanya menyerang mereka yang berusia 70 tahun," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau bimbang dengan trend itu.

dipetik dari BERNAMA