10 INFO KESIHATAN UNTUK LELAKI
1) Bigorexia - Gangguan Kepada Lelaki
Siapa kata hanya wanita yang mementingkan bentuk badan menawan? Lelaki juga tidak kurang hebatnya. Ramai lelaki yang mengidamkan bentuk badan
yang berotot dan sasa. Bagi lelaki, memiliki susuk tubuh yang cantik dan berotot merupakan satu kebanggaan. Tahukah anda bahawa ‘bigorexia’
adalah sejenis gangguan yang menghantui lelaki yang terlalu berkeingian memiliki bentuk badan berotot? Menurut Dr. Eric Hollander, pakar
psikiatri di Mount Sinai School of Medicine, New York, gangguan ini disebabkan oleh faktor reaksi kimia otak dan peranan media massa.
Kemungkinan gangguan ini juga ada kaitan dengan faktor genetik. Seseorang lelaki yang mengalami ‘bigorexia’ yang kuat boleh mempengaruhi
aktiviti harian. Mereka akan takut dengan tubuh yang kurus dan kecil. Antara simptom gangguan ‘bigorexia’ ialah mengamalkan diet yang terlalu
ketat, bersenam pada setiap masa, dan selalu menilik bentuk badan di hadapan cermin.
2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya
mengandungi mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini boleh dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati
kekurangan kadar zink dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.
3) Ikan Panjangkan Umur Lelaki
Menurut seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan
berpeluang hidup lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini
dikeluarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. Kajian tersebut menunjukkan lelaki terhindar risiko
serangan sakit jantung atau lumpuh sehingga 30 peratus sekiranya memakan ikan sekali setiap dua hari. Menurut Nakamura, satu kajian ke atas
satu kumpulan lelaki yang memakan ikan dua hari sekali mencatat 0.7 peratus kematian berbanding 1.0 peratus bagi satu kumpulan lelaki lain
yang memakan ikan hanya seminggu sekali atau kurang.
4) Lelaki Lebih Ramai Hidap Barah
Kira-kira 93.28 peratus atau 22,351 pesakit barah di negara ini terdiri daripada lelaki manakala 1,611 orang adalah pesakit wanita. Punca
utama penyakit barah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh tabiat merokok yang berterusan dan sukar dikawal. Gaya hidup
kaum lelaki yang lebih terdedah kepada persekiran yang tidak sihat dan bahaya juga menyebabkan golongan berkenaan lebih banyak menghidap
penyakit itu.
5) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan
seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit
prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau
air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat
semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah
bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan
makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
6) Lupakan Alkohol
Satu lagi tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka daripada nyanyuk ialah dengan
meninggalkan atau mengurangkan tabiat mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat kaitan antara pengambilan alkohol
dengan gejala nyanyuk dalam kajian membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur. Keadaan kesihatan responden diawasi sepanjang
tempoh kajian selama enam tahun dan seramai 197 menunjukkan tanda-tanda gejala hilang ingatan, di mana tiga perempat daripadanya mengalami
nyanyuk. Mereka yang mengambil minumam keras antara satu hingga tiga kali sehari, menghadapi kemungkinan 42 peratus lebih tinggi mengalami
nyanyuk dari mereka yang tidak minum langsung.
7) Sindrom Metabolik Sebabkan Kekurangan Testosteron
Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi.
Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) Fourteenth Annual
Meeting and Clinical Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui
penelitian ke atas 2,162 lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40
peratus hyperlipidemia. Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi seksual, keletihan atau perubahan
emosi.
8) Kacang Brazil Kuatkan Sperma
Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu
pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah
berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan antioksidan yang membantu melindungi
kerosakan sperma akibat bahan radikal.
9) Seleri Tingkatkan Keinginan Seks
Seleri dikatakan boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl
daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat. la lebih elok jika dimakan mentah. Seleri
dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat
perempuan.
10) Lelaki Anti-Sosial Berisiko Tinggi Kena Sakit Jantung
Kajian di Amerika Syarikat (AS) mendakwa lelaki pendiam yang kurang bergaul dengan rakan mahu pun keluarga sendiri lebih beriisiko tinggi
diserang sakit jantung berbanding mereka yang ceria dan suka bergaul. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, hasil kajian yang
dibentangkan pada satu mesyuarat Persatuan Jantung AS mendapati, paras molekul darah yang tinggi dan menjadi petunjuk berlakunya masalah atau
radang, dicatatkan di kalangan lelaki anti-sosial berkenaan.
|